Tuesday, July 7, 2009

KURSUS PENTERNAKAN IKAN KELI

PENDAHULUAN

Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika.
Di perairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi.
Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang diperolehi adalah sedikit.
Bagi tujuan komersil ikan ini dibiakkan secara aruhan.
Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat bulan.

BIOLOGI PEMBIAKAN

Hanya hidup dan membiak di airtawar.
mencapai kematangan pada umur 4 bulan dengan saiz badan antara 300-500 gram.
Membuat sarang atau lubang di bawah akar.
Pokok atau dicelah batu.
Melekatkan telor pada rumput rumpai yang terdapat di dalam sarangnya.
Membiak secara berpasangan pada waktu malam.
Induk yang berumur lebih dari setahun dengan berat badan sekitar 1.0kg adalah sesuai untuk pengeluaran benih secara komersil.
Pada saiz ini fekunditi induk betina ialah antara 30,000 hingga 50,000 biji telor.
Bilangan telor ini adalah bergantung kepada saiz induk dan makanan yang diberi.
Untuk mendapatkan benih yang banyak, pembiakan aruhan digunakan dalam pengeluaran benih ikan keli.
Hormon yang digunakan ialah Ovaprim, Ovatide, Dome dan Dry Pituitary Gland ikan kap.
Nisbah induk ikan keli jantan dan betina adalah 1:1.

PENYEDIAAN KOLAM

Dari aspek pelaksanaan:
Sistem ternakan atau kaedah ternakan.
Sistem yang agak popular.
Kolam.
Sangkar.
Kandang/pancang (pen-culture)
Pengkhususan kepada kolam tanah.
Penyediaan:
Kolam baru bina.
Kolam sedia ada/lepas tuai.

PEMBERSIHAN KOLAM

(Kolam lepas tuai)

Tujuan pembersihan kolam:
· Mengeluarkan pesaing-pesaing ikan ternakan.
- makanan
- oksigen

· Menjaga kualiti air
- membuang enapan dan tumbuhan air di dasar kolam yang tidak
menyumbang kepada faktor pembesaran ikan.
· Memusnahkan sarang/tempat perlindungan pemangsa.
· Cara pembersihan kolam:
- Manual:
- peralatan-peralatan yang ringkas.
- Mekanikal:
- Jentera.

KAWALAN PEMANGSA

Jenis-jenis pemangsa yang lazim di kolam:
Ikan : haruan, ikan liar (sebarau)
Haiwan : biawak, labi-labi, memerang.
Burung : bangau, raja udang
Serangga : anak pepatung.
Langkah-langkah kawalan:
Sebelum memulakan ternakan:
- pemeriksaan sistem (cth: penapis air)
- racun (cth: dipterex, air sabun, sumithione)
Semasa ternakan:
- pemasangan jaring.
- Membina pagar
- Cara teknikal lain yang difikirkan sesuai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MUTU AIR.

Fotosintesis
Suhu
Oksigen terlarut
PH air
Plankton
Ammonia
Bahan buangan ikan

* mutu air boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam sistem ternakan
secara langsung (menyebabkan kematian) atau tidak langsung
(membantutkan pembesaran).
* Pengekalan mutu air yang baik dalam akuakultur memerlukan
pemahaman tentang komponen fizikal dan kimia air serta pengetahuan
tentang parameter mutu air yang ideal untuk spesies-spesies ikan yang
diternak.

PENGURUSAN MAKANAN IKAN

Makanan merupakan elemen terpenting dalam ternakan ikan dalam sangkar.
· Kos makanan adalah merupakan 60% dari kos pengeluaran.
Ikan hanya mendapat makanan dari penternak dan sedikit sahaja dari habitat.
Oleh itu, pembesaran ikan hanya bergantung kepada makanan yang diberi oleh penternak.
Oleh itu, pengurusan makanan adalah penting dan penternak perlu mengetahui aspek pengurusan makanan yang betul dan berkesan.
Pengurusan yang cekap akan memberi pulangan yang optima dan menguntungkan.

Jenis makanan.

1) Makanan rumusan.

Makanan rumusan dari bahan-bahan yang suci dan bersih.
Makanan rumusan hendaklah tidak mengandungi bahan kimia & ubat-ubatan terlarang.
Kandungan makanan rumusan (pellet) yang biasa diberi kepada ikan ternakan adalah terdiri dari

sumber protein terdiri dari
- tepung ikan (fish meal)
- hampas kacang tanah
- hampas kacang soya.
- Serbuk bulu

sumber karbohidrat
- dedak padi
- dedak gandum
- dedak barli

sumber lipid
- minyak ikan.
(komposisi kandungan makanan adalah bergantung kepada formula tertentu
mengikut kategori makanan yang dihasilkan.)

Faktor yang perlu difahami dalam menentukan kesihatan ikan.

Keseimbangan persekitaran.
Memahami faktor penyebab
Perancangan untuk kesihatan
Membezakan sakit dan sihat
Mengenali penyakit
Panduan rawatan
Tanda-tanda ikan sakit

a. Kelakuan

Ikan tidak mahu makan
Keadaan yang lemah
Kurang aktif
Melompat
Berpusing/berenang tak tentu arah
Bernafas cepat dari biasa (tutup insang bergerak cepat)
Tercungap-cungap dan sentiasa berada dipermukaan air
Kerap menggeselkan badan

b. Perubahan fizikal

Perubahan warna keseluruhan atau sebahagian badan
Pengeluaran lender badan yang berlebihan
Sisik mula tertanggal
Pendarahan pada kulit, pangkal sirip dan ekor
Perut buncit
Mata terjojol
Reput sirip
Insang pucat
Terdapat bendasing pada badan

3 comments:

PROMOSI MERDEKA said...

Salam en..

Jom Join SVR2u...

Saya ada promosi harga diskaun kepada yang nak jadi ahli..

Cuba search kat inet svr2u..

Tak pun.. Daftar free dulu kat:

http://svr2u-join.blogspot.com

Ok.. Jadilah member saya yang pertama..

0167248755

Irfan Effendy said...

Assalamualaikum.
Saya ingin mempromosikan produk kesihtan dari Syarikat K-LINK. Marilah terjah blog saya untuk kita sama-sama mengekalkan gaya hidup sihat.
http://fanfendy-agentklink.blogspot.com/

How to register a company in Sri Lanka said...

Thanks for sharing this post! Actually there are many procedure to start business when you got your business idea. But first you need to set up a company in your specific country. To set up a business in a foreign country, you need to go through some procedure. The procedure includes company registration in sri lanka or any other country, trademark registration, WRT license, Income tax file registration, Environment license, Sign Board and Premises license, export and import license etc. If you face any difficulties starting business in foreign country, be sure to contact us.