Tuesday, December 29, 2009

PELUANG UNTUK MEMASARKAN PRODUK PERTANIAN



ASSALAMUALAIKUM...

ANDA MEMBUAT PROJEK-PROJEK PERTANIAN SEPERTI SERAI ATAU TERNAKAN IKAN PUYU, KELI, KELAH ATAU SEBAGAINYA SECARA BESAR BESARAN TAPI TIDAK MAMPU DIPASARKAN ? SILA HUBUNGI KAMI....!!!!


ANDA ADA TANAH TERBIAR YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIUSAHAKAN ? KAMI SANGGUP MEMAJAK TANAH ANDA UNTUK TANAMAN SEPERTI KELAPA SAWIT ATAU LAIN-LAIN TANAMAN, DAN SELEPAS 5 TAHUN TANAMAN AKAN MENJADI HAK MILIK ANDA SEPENUHNYA...!!!


HUBUNGI KAMI SEGERA...!!!!

[+/-] Read more...

Wednesday, July 8, 2009

TERNAKAN KELI SECARA ORGANIK DALAM CANVAS / KOLAM SIMEN

TERNAKAN KELI SECARA ORGANIK DALAM CANVAS / KOLAM SIMEN

KEBAIKAN:
1. JIMAT KOS , MASA DAN TENAGA.
2. TIDAK PERLU SALIN AIR.
3. MENGHASILKAN KELI GRADE "A", BERKUALITI DAN HALAL.
4. AIR BERSIH TIDAK BERBAU.
5. TIADA PROSES GRADING.
6. KEUNTUNGAN TINGGI
7. MAKANAN BIO ORGANIK {B1} DISEDIAKAN HANYA SEKALI SEHINGGA KELI BOLEH DIPASARKAN
(3 BULAN).
8. 2000 BENIH KELI = 1 BAG / 5KG B1.
9. HANYA 1 BAG MAKANAN TAMBAHAN (DEDAK) UNTUK 10,000 KELI SELAMA 3 BULAN.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAKEJ TERNAKAN KELI KANVAS

(RM3,100.00 SAHAJA)

1. 1 UNIT GRADE "A" KANVAS (9'X18'X3')

2. 1 SET KERANGKA BESI

3. 10,000 BENIH IKAN KELI (SIZE YG DI SYORKAN 2 INCI)

4. 5 BAG BIO (B1)

5. 1 BAG DEDAK 25KG ( HANYA UNTUK PROTEN TAMBAHAN SEHINGGA IKAN BOLEH DI PASARKAN)

JUALAN SELEPAS 3 BULAN

ANGGARAN JUALAN = 80% MINIMUM ( KEBARANGKALIAN UNTUK HIDUP 100% ADALAH TINGGI)
HARGA KAMI BELI SEMULA = RM3.00 - RM3.50 (BERGANTUNG PADA PASARAN SEMASA)
IKAN BOLEH DIJUAL BILA MENJANGKAU BERAT 140g - 200g (7 EKOR - 5 EKOR / KG)

1. 8,000 EKOR / 5 EKOR = 1.600 KILO
2. 1,600 KILO X RM3.20 = RM5,120.00


JUALAN PERTAMA

HASIL BULAN PERTAMA - MODAL = UNTUNG BERSIH

RM5,120.00 - RM3,100.00 = RM2,020.00



JUALAN KEDUA DAN SETERUSNYA

MODAL = RM2,135.00

1. 10,000 BENIH IKAN =RM1,600.00
2. 4 BAG BIO (B1) =RM460.00
3. 1 BEG MAKANAN TAMBAHAN (DEDAK) =RM75.00

JUMLAH =RM2,135.00


HASIL JUALAN KEDUA - MODAL = UNTUNG BERSIH

RM5,120.00 - RM2,135.00 = RM2,985.00


BEGITULAH BULAN-BULAN SETERUSNYA .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARGA BARANG TANPA PAKEJ (ASAS)


KANVAS GRADE "A" / GRADE "B" (9'x18'x3') RM700.00 / RM650.00

KERANGKA BESI RM400.00

BIO ORGANIK (B1) RM115.00

PROTIN TAMBAHAN (DEDAK DING DING 25KG) RM75.00

ANAK IKAN KELI (2 INCI ) RM0.16


JUMLAH RM3,350.00
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISHAM ISTIQAMAH ENT.

Km35, Jalan Parit Gantong, 77400. Sg.Rambai Melaka
tel:013 6489991
Website - http://businessapasaja.blogspot.com

Membekal Benih Ikan Keli

Kami Sedia membekal canvas, benih ikan keli dan makanan organik .
Penghantaran percuma untuk destinasi berdekatan (sekitar melaka dan muar).
Harga boleh dirunding.

HARGA BENIH (bergantung pada kuantiti)
Bersedia membeli kembali hasil ternakan.
Tunjuk ajar akan diberikan percuma dari pehak kami.
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi:

H/p : 013 - 6489991
email: isham.istiqamah@yahoo.com



[+/-] Read more...

Tuesday, July 7, 2009

JENIS-JENIS IKAN KELI


Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

Ikan Keli Kayu

Ikan Keli Kayu atau nama saintifiknya Clarias batracus adalah tergolong dalam ikan air tawar.

Ikan Keli Bunga

Ikan Keli Bunga atau nama saintifiknya Clarias macrocephalus adalah tergolong dalam ikan air tawar.

Ikan Keli Eksotika

Ikan Keli Eksotika atau nama saintifiknya Clarias gariepinus adalah tergolong dalam ikan air tawar.

Ikan Keli Limbat

Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

[+/-] Read more...

KURSUS PENTERNAKAN IKAN KELI

PENDAHULUAN

Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika.
Di perairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi.
Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang diperolehi adalah sedikit.
Bagi tujuan komersil ikan ini dibiakkan secara aruhan.
Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat bulan.

BIOLOGI PEMBIAKAN

Hanya hidup dan membiak di airtawar.
mencapai kematangan pada umur 4 bulan dengan saiz badan antara 300-500 gram.
Membuat sarang atau lubang di bawah akar.
Pokok atau dicelah batu.
Melekatkan telor pada rumput rumpai yang terdapat di dalam sarangnya.
Membiak secara berpasangan pada waktu malam.
Induk yang berumur lebih dari setahun dengan berat badan sekitar 1.0kg adalah sesuai untuk pengeluaran benih secara komersil.
Pada saiz ini fekunditi induk betina ialah antara 30,000 hingga 50,000 biji telor.
Bilangan telor ini adalah bergantung kepada saiz induk dan makanan yang diberi.
Untuk mendapatkan benih yang banyak, pembiakan aruhan digunakan dalam pengeluaran benih ikan keli.
Hormon yang digunakan ialah Ovaprim, Ovatide, Dome dan Dry Pituitary Gland ikan kap.
Nisbah induk ikan keli jantan dan betina adalah 1:1.

PENYEDIAAN KOLAM

Dari aspek pelaksanaan:
Sistem ternakan atau kaedah ternakan.
Sistem yang agak popular.
Kolam.
Sangkar.
Kandang/pancang (pen-culture)
Pengkhususan kepada kolam tanah.
Penyediaan:
Kolam baru bina.
Kolam sedia ada/lepas tuai.

PEMBERSIHAN KOLAM

(Kolam lepas tuai)

Tujuan pembersihan kolam:
· Mengeluarkan pesaing-pesaing ikan ternakan.
- makanan
- oksigen

· Menjaga kualiti air
- membuang enapan dan tumbuhan air di dasar kolam yang tidak
menyumbang kepada faktor pembesaran ikan.
· Memusnahkan sarang/tempat perlindungan pemangsa.
· Cara pembersihan kolam:
- Manual:
- peralatan-peralatan yang ringkas.
- Mekanikal:
- Jentera.

KAWALAN PEMANGSA

Jenis-jenis pemangsa yang lazim di kolam:
Ikan : haruan, ikan liar (sebarau)
Haiwan : biawak, labi-labi, memerang.
Burung : bangau, raja udang
Serangga : anak pepatung.
Langkah-langkah kawalan:
Sebelum memulakan ternakan:
- pemeriksaan sistem (cth: penapis air)
- racun (cth: dipterex, air sabun, sumithione)
Semasa ternakan:
- pemasangan jaring.
- Membina pagar
- Cara teknikal lain yang difikirkan sesuai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MUTU AIR.

Fotosintesis
Suhu
Oksigen terlarut
PH air
Plankton
Ammonia
Bahan buangan ikan

* mutu air boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam sistem ternakan
secara langsung (menyebabkan kematian) atau tidak langsung
(membantutkan pembesaran).
* Pengekalan mutu air yang baik dalam akuakultur memerlukan
pemahaman tentang komponen fizikal dan kimia air serta pengetahuan
tentang parameter mutu air yang ideal untuk spesies-spesies ikan yang
diternak.

PENGURUSAN MAKANAN IKAN

Makanan merupakan elemen terpenting dalam ternakan ikan dalam sangkar.
· Kos makanan adalah merupakan 60% dari kos pengeluaran.
Ikan hanya mendapat makanan dari penternak dan sedikit sahaja dari habitat.
Oleh itu, pembesaran ikan hanya bergantung kepada makanan yang diberi oleh penternak.
Oleh itu, pengurusan makanan adalah penting dan penternak perlu mengetahui aspek pengurusan makanan yang betul dan berkesan.
Pengurusan yang cekap akan memberi pulangan yang optima dan menguntungkan.

Jenis makanan.

1) Makanan rumusan.

Makanan rumusan dari bahan-bahan yang suci dan bersih.
Makanan rumusan hendaklah tidak mengandungi bahan kimia & ubat-ubatan terlarang.
Kandungan makanan rumusan (pellet) yang biasa diberi kepada ikan ternakan adalah terdiri dari

sumber protein terdiri dari
- tepung ikan (fish meal)
- hampas kacang tanah
- hampas kacang soya.
- Serbuk bulu

sumber karbohidrat
- dedak padi
- dedak gandum
- dedak barli

sumber lipid
- minyak ikan.
(komposisi kandungan makanan adalah bergantung kepada formula tertentu
mengikut kategori makanan yang dihasilkan.)

Faktor yang perlu difahami dalam menentukan kesihatan ikan.

Keseimbangan persekitaran.
Memahami faktor penyebab
Perancangan untuk kesihatan
Membezakan sakit dan sihat
Mengenali penyakit
Panduan rawatan
Tanda-tanda ikan sakit

a. Kelakuan

Ikan tidak mahu makan
Keadaan yang lemah
Kurang aktif
Melompat
Berpusing/berenang tak tentu arah
Bernafas cepat dari biasa (tutup insang bergerak cepat)
Tercungap-cungap dan sentiasa berada dipermukaan air
Kerap menggeselkan badan

b. Perubahan fizikal

Perubahan warna keseluruhan atau sebahagian badan
Pengeluaran lender badan yang berlebihan
Sisik mula tertanggal
Pendarahan pada kulit, pangkal sirip dan ekor
Perut buncit
Mata terjojol
Reput sirip
Insang pucat
Terdapat bendasing pada badan

[+/-] Read more...